Kursus Intensif MOF

Image
Program 1 AIM

Memperkasa Pemimpin & Profesional Agensi Kerajaan Dengan Pandangan Strategik dan Kawalan Pengurusan Risiko

Transformasikan Pengetahuan Menjadi Tindakan - Individu, Syarikat & Agensi Kerajaan

AIM menawarkan program berimpak tinggi, praktikal, dan relevan untuk agensi kerajaan, dengan fokus kepada pasaran hadapan dan pengurusan risiko, sesuai untuk semua jabatan. Program ini direka untuk:

  • Memperkukuh kemahiran profesional dan tadbir urus risiko, membolehkan kakitangan membuat keputusan yang lebih berinformasi dalam pelbagai konteks jabatan.

  • Memberi panduan dalam perancangan strategik, pengurusan prestasi, dan pengurusan risiko yang boleh diaplikasikan secara praktikal, walaupun jabatan tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan.

  • Mengaplikasikan simulasi pasaran hadapan dan market outlook AIM sebagai latihan praktikal, untuk menyokong pembuatan keputusan berasaskan data dan analisis risiko.

  • Menyokong organisasi dalam memahami kepentingan pengurusan risiko dan konsistensi dalam operasi harian.

Aspek Utama Program

Bengkel & Seminar Secara Interaktif

  • Sesi bersemuka yang dirancang untuk pengalaman pembelajaran praktikal dan profesional.

Program Secara ‘On-Site’ di Seluruh Malaysia

  • AIM turun ke setiap negeri mengikut jadual yang telah ditetapkan, atau peserta boleh menghubungi AIM untuk menempah tarikh, lokasi, dan tempat seminar.

Simulasi Pasaran Hadapan & Market Outlook

  • Menggunakan teknologi pintar AIM untuk menunjukkan potensi prestasi pasaran, target tracking, dan projection, selamat dan bebas unsur pelaburan sebenar.

Modul Pembelajaran Berasaskan AI

  • Integrasi platform digital dan AI untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pemantauan prestasi.

Kumpulan Sasaran

Pegawai dan kakitangan agensi kerajaan yang ingin meningkatkan pemahaman mengenai sistem kewangan dan pasaran global.

Pegawai dalam bidang kewangan, perancangan atau dasar yang memerlukan kefahaman terhadap dinamik ekonomi dan pasaran.

Pegawai pengurusan dan pembuat keputusan yang terlibat dalam analisis ekonomi, perancangan strategik atau pengurusan kewangan organisasi.

Hasil Pembelajaran

Memahami konsep asas pengurusan risiko dan literasi pasaran dalam konteks korporat dan operasi harian.

Mengaplikasikan strategi organisasi dan perancangan prestasi secara praktikal, sesuai untuk pelbagai jabatan dan peranan.

Menggunakan AI dan kelengkapan digital untuk analisis, pemantauan, dan pengambilan keputusan

Meningkatkan keyakinan, kemahiran, dan profesionalisme dalam konteks komuniti dan organisasi.

Manfaat Program

01

Modul Bertauliah & Diiktiraf

Sijil pengiktirafan rasmi daripada AIM dan HRD Corp.

02

Pensijilan Profesional

Berpeluang memperoleh tiga tahap pensijilan profesional dalam bidang analisis pasaran dan ekonomi.

03

Silibus Sesuai Kepada Semua Jabatan

Membantu organisasi membangun budaya pengurusan risiko yang konsisten dan berkesan.

04

Penjadualan Fleksibel di Seluruh Malaysia

Program boleh dijalankan di negeri peserta mengikut jadual AIM atau tempahan khas peserta.

Daftar Sekarang! Jemput AIM ke Organisasi Anda dan Ketahui Bagaimana Latihan Berstruktur Dan Pandangan Pasaran Strategik (Market Insight) kami boleh memacu prestasi pasukan anda!

Hubungi AIM untuk melihat bagaimana program ini boleh disesuaikan dengan keperluan operasi dan pembangunan kakitangan syarikat anda.