Berita

PENIPUAN & SCAM

ALERTS MESSAGE !!

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap sebarang bentuk penipuan atau aktiviti scam yang semakin berleluasa pada masa kini. Modus operandi sindiket penipuan sering berubah dan menjadi semakin licik, termasuk melalui panggilan telefon, mesej teks, aplikasi media sosial, emel serta laman sesawang palsu yang menyerupai organisasi rasmi.

 

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, kata laluan, atau kod pengesahan (OTP) kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali atau meragukan. Elakkan juga daripada membuat sebarang transaksi kewangan, pemindahan wang atau pembayaran kepada individu atau entiti yang tidak dapat disahkan kesahihannya.

 

Selain itu orang awam disarankan untuk sentiasa menyemak kesahihan maklumat yang diterima dengan menghubungi pihak rasmi atau menggunakan saluran semakan yang sah. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu baik untuk dipercayai, ugutan, atau desakan supaya bertindak segera tanpa berfikir panjang.

 

Kerjasama dan kesedaran semua pihak amat penting dalam membendung jenayah penipuan. Sentiasalah berwaspada, lindungi maklumat peribadi anda, dan jangan menjadi mangsa scam.

Image
Image

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

Fokus

Pelaburan tidak sah / tidak wujud

Skim cepat kaya

Pelaburan kripto / forex tanpa lesen

Penipuan guna nama syarikat pelaburan

Peranan

Mengawal selia pasaran modal Malaysia

Menyiasat dan menyenaraikan entiti pelaburan tidak dibenarkan

Bank Negara Malaysia (BNM)

Fokus

Penipuan kewangan

Skim simpanan / pelaburan palsu

Penipuan pinjaman

Penyalahgunaan nama BNM oleh scammer

Peranan

Pengawal selia sektor kewangan negara

Pengawal selia sektor kewangan negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Fokus

Semua bentuk scam & penipuan jenayah

Scam pelaburan

Scam telefon / WhatsApp / Macau Scam

Penyalahgunaan nama BNM oleh scammer

Peminjam Wang Tidak Berlesen (Ah Long)

Penipuan e-dagang

Peranan

Penguatkuasaan undang-undang

Siasatan dan pendakwaan

Statistik jenayah scam negara

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Fokus

Keselamatan rakyat termasuk ancaman penipuan

Kesedaran awam keselamatan siber & kewangan

Peranan

Pendidikan keselamatan nasional

Penyebaran infografik kesedaran scam

Kementerian Komunikasi (melalui MCMC)

Fokus

Scam melalui SMS, panggilan & media sosial

Penipuan menggunakan nombor palsu

Akaun scam di platform digital

Peranan

Menyekat nombor & akaun scam

Bekerjasama dengan telco & platform digital

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)

Fokus

Peminjam Wang Tidak Berlesen (Ah Long)

Penipuan pinjaman segera

Ugutan & gangguan Ah Long

Peranan

Penguatkuasaan Akta Pemberi Pinjam Wang

Operasi membanteras Ah Long

Pendidikan awam mengenai pinjaman sah

Cyber999 – CyberSecurity Malaysia

Fokus

Penipuan IT & siber

Serangan siber/penipuan dalam talian (Phishing)

Website palsu

Akaun media sosial scam

Pencerobohan data

Peranan

Pemantauan ancaman siber negara

Memberi amaran keselamatan siber

Bantuan teknikal kepada mangsa

PENUTUP

  • Penipuan kewangan dan jenayah siber kini semakin berleluasa, selari dengan peningkatan penggunaan platform digital dalam urusan harian. Kes-kes melibatkan pelaburan tidak sah, penipuan dalam talian serta kegiatan Ah Long terus dilaporkan dan memberi kesan serius kepada keselamatan kewangan rakyat.
  • Sehubungan itu, AIM menyokong dan merujuk kepada usaha berterusan kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), CyberSecurity Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam meningkatkan kesedaran awam, penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan pencegahan penipuan.
  • Pengalaman menunjukkan bahawa mangsa penipuan sering terdedah akibat kekurangan maklumat, kegagalan membuat semakan rasmi serta kepercayaan terhadap tawaran yang tidak munasabah. Dengan mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah, memahami risiko sebenar dan merujuk kepada agensi berautoriti, masyarakat dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.
  • Ilmu, kewaspadaan dan rujukan yang betul merupakan benteng utama dalam melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada ancaman penipuan kewangan dan jenayah siber.